Tips untuk ‘connect’ supaya anak bekerjasama.

Tips untuk connect dan mendapatkan kerjasama anak-anak.
1) Kenali dan hormati anak-anak.
Luangkan lebih masa untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan anak.  Setiap anak mempunyai personaliti, karakter dan temperament yang berbeza.
Tiada kaedah one size fits all.
2) Ketahui tahap perkembangan anak. Tetapkan harapan yang realistik.
Terdapat banyak bahan bacaan (buku dan di internet) tentang peringkat perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan kognitif.
Ada anak yang lebih laju dan maju berbanding yang lain.  Biar mereka mencapai ‘goal’ yang sama dengan cara yang tersendiri.
Jangan dibanding-bandingkan anak.
3) Pekalah dengan emosi yang cuba ditunjukkan oleh anak.
Jangan menidakkan atau memperkecilkan emosi anak.
Gunakan peluang ini untuk berhubung rapat (connect) dan lebih mengenali anak.
Terima semua emosi dan bimbing tingkah laku yang terlahir dari emosi.
Contohnya apa yang harus dilakukan apabila marah?  Bagaimana bertindak apabila kecewa?
4) Berilah pujian dan sokongan SETIAP KALI  anak menunjukkan tingkah laku yang positif.
Jangan hanya memberi perhatian apabila anak melakukan perkara negatif.
5) Kongsi tanggungjawab dengan anak-anak supaya wujudnya rasa kebersamaan (sense of belonging).
Contohnya melakukan kerja rumah yang bersesuaian usia.
Pada masa yang sama tetapkan batasan supaya mereka rasa bebas dan selamat.
Tanpa batasan anak menjadi keliru dan menetapkan batasan mengikut kemahuan sendiri.
6) Wujudkan motivasi  dalaman.
Galakkan anak untuk melakukan kebaikan dgn sukarela tanpa disuruh.
Elakkan memberi ganjaran material semata-mata kerana material tidak akan pernah cukup dan puas.
7) Jadilah teladan yang baik buat anak. NOKTAH
8) Persiapkan diri anak untuk menghadapi apa saja situasi.
Contohnya apabila hendak bertandang ke rumah sahabat atau saudara-mara, dari rumah lagi berpesanlah kepada anak supaya berkelakuan baik, meminta izin apabila inginkan sesuatu, melompat dan berlari di tempat yang sepatutnya, menghormati harta benda tuan rumah dan sebagainya.
Ini akan mengurangkan konfrontasi.
Categories: Uncategorized | Leave a comment

KENAPA ANAK ITU MENJADI SAZALI?- Aspek keibubapaan dalam Anakku Sazali.

KENAPA ANAK ITU MENJADI ‘SAZALI’?  – Aspek Keibubapaan Dalam Anakku Sazali.

Setiap kali apabila masalah sosial atau salah laku kanak-kanak dan remaja ditimbulkan, nama Sazali pastinya akan disebut, terutamanya untuk menjustifikasikan kaedah hukuman yang patut dikenakan terhadap mereka.  Artikel ini tidaklah bertujuan untuk membincangkan hukuman bagaimanakah yang wajar buat Sazali di dalam filem ini ataupun ‘Sazali-Sazali’ lain yang wujud di dunia realiti.  Tulisan ini bertujuan untuk memahami apa sebenarnya yang menjadikan watak di dalam filem itu seorang ‘Sazali’.

Sazali adalah karakter di dalam filem “Anakku Sazali’” lakonan hebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1956. Watak Sazali telah menjadi igauan ngeri ibubapa selama 2 generasi, termasuklah diri saya sendiri.  Semua ibubapa mendoakan dan mengharapkan agar tiada anak mereka yang menjadi ‘Sazali’.  Mungkin juga ramai ibubapa yang ‘mempelajari’ kaedah sepatutnya mendidik anak dari filem ini supaya anak mereka tidak menjadi Sazali.  Tidak dapat dinafikan filem memberi impak yang besar kepada sesuatu masyarakat.

Apa yang kita lihat, dari kecil lagi Sazali tidak pernah dimarahi apatah lagi dijentik oleh bapanya, iaitu Hassan, sehinggakan dia sanggup berbohong dan mencuri semasa kecilnya.  Apabila dewasa dia menjadi ketua ‘gangster’ yang merompak, membunuh dan tergamak meragut kehormatan sepupunya sendiri, Rokiah, yang akhirnya membunuh diri. Adakah kerana tidak dihukum maka Sazali menjadi ‘Sazali” atau adakah faktor lain lagi yang menjadikan dia sebegitu dan perlu juga kita perhalusi ? 

Untuk memahami tingkah laku seseorang, kita harus memahami latar belakang keseluruhan seseorang itu.  Banyak faktor mempengaruhi tingkah laku seseorang individu yang perlu kita kaji dan bukan hanya berpaksikan satu faktor semata-mata.  Sebagai makhluk sosial, tidak dapat tidak, pemikiran kita akan dipengaruhi oleh norma budaya kita.  Sebagai orang Islam, faktor yang paling penting mempengaruhi tingkah laku adalah pemahaman tentang Islam itu sendiri dan sejauh mana pendidikan keimanan itu tertanam di dalam diri.  Ini adalah faktor terpenting.  Kita tidak boleh hanya mengambil Islam di mana kita rasakan bersesuaian dengan citarasa kita atau budaya kita.

Dalam kehidupan Hassan, isterinya Ani dan Sazali, tidak pernah pun sekali kita melihat pendidikan keimanan yang asas iaitu taqwa kepada Allah s.w.t  dan kasihkan Rasulullah s.a.w diterapkan.  Tidak pernah sekali kita melihat Hassan dan Ani bersolat. Sazali juga tidak pernah diajak dan diajar untuk bersolat dan bertaqwa kepada Allah.  Benar, ini hanyalah sebuah filem dan sebuah filem yang berdurasi dua jam tidak dapat memuatkan semua adegan solat.  Walau bagaimanapun, untuk mengambil kisah Sazali sebagai teladan bagi kehidupan realiti, kita juga harus mengambil kira pendidikan keimanan yang langsung tiada dalam kehidupan watak-watak tersebut.  Kita perlu juga mengambil iktibar dari itu.  Cuma di penghujung cerita, apabila nasi sudah menjadi bubur, Hassan menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t.  Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberikan anak pendidikan keimanan dan memberi penekanan kepada nilai-nilai dan akhlak Islam dari kecil.  Ternyata tanggungjawab ini gagal dilaksanakan oleh Hassan.  Inilah yang menjadi punca kepada segala permasalahan Sazali.  Perkahwinan Hassan dan Ani tanpa redha dan restu ibubapa Ani juga bukanlah teladan yang baik buat semua dan merumitkan lagi proses pembesaran Sazali.  Dia membesar tanpa sokongan, didikan dan belaian datuk dan nenek yang juga memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu.

MEMAHAMI MASA KECIL HASSAN, BAPA SAZALI.

Hassan adalah seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh majikan ibunya, Encik ismail  setelah kematian ibunya.  Ibunya telah bekerja dengan Encik Ismail selama 15 tahun.  Filem ini tidak menceritakan  dengan lebih lanjut tentang latar belakang ayah Hassan.  Dengan maklumat yang serba ringkas itu, dapatlah kita simpulkan bahawa persepsi Hassan tentang keibubapaan dipelajari dari sekelilingnya terutamanya daripada Encik Ismail dan isteri, yang telah memeliharanya.

Gaya Keibubapaan.

Gaya keibubapaan (parenting style) banyak dipengaruhi oleh contoh teladan yang kita lihat di sekeliling, terutamanya daripada ibubapa atau penjaga utama (primary caregiver) kita sendiri.  Ini adalah lumrah dan tidak ada salahnya.  Gaya keibubapaan adalah cara kita bertindakbalas sebagai ibubapa berdasarkan  faktor kepercayaan, psikologi dan falsafah nilai dan moral yang kita pegang.  Apabila kita merasakan diri kita seorang yang berjaya kerana hasil didikan ibubapa kita, kita akan membesarkan anak sepertimana ibubapa kita membesarkan kita dengan harapan anak-anak juga berjaya. Gaya keibubapaan juga dibentuk oleh tahap kepatuhan kita kepada norma budaya dan tahap sosioekonomi kita.  Walau bagaimanapun ada juga ibubapa yang membesarkan anak dengan cara yang agak berbeza daripada ibubapa mereka kerana sebab dan tujuan yang tertentu.  Mungkin kerana anak mereka dilihat berbeza dari mereka ketika kecil, mungkin kerana persekitaran anak adalah berbeza dari persekitaran mereka dibesarkan dulu atau mungkin kerana pendidikan yang mereka perolehi menjadikan pemikiran mereka berbeza dari corak pemikiran ibubapa mereka.  Ada yang memilih jalan tengah, yakni mengambil apa yang dirasakan bersesuaian dengan dinamik keluarga masing-masing. Tiada salahnya di situ.  Semua ibubapa mengharapkan agar anak-anak menjadi lebih baik dari mereka, baik dari segi keimanan, akademik, akhlak, kewangan, fizikal, pemikiran dan emosi.

Gaya keibubapaan terbahagi kepada tiga :

1) autoritarian

2) autoritatif

3) permisif

Ciri-ciri gaya keibubapaan autoritarian adalah wujudnya peraturan-peraturan yang ketat dan hukuman yang keras dalam membentuk disiplin anak-anak.  Ibubapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian tidak langsung memberi ruang untuk berkompromi dengan anak-anak.  Dalam masyarakat Melayu, gaya keibubapaan autoritarian sering digunakan terutamanya dalam konteks kepatuhan kepada agama.

Ibubapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif juga mempunyai peraturan-peraturan yang ketat bertujuan untuk membentuk keperibadian dan disiplin anak-anak.  Walau bagaimanapun ibubapa autoritatif bersikap lebih terbuka dan menyediakan ruang untuk perbincangan dan mendengar pandangan anak-anak.  Kepatuhan kepada agama juga boleh dibentuk oleh ibubapa yang autoritatif dengan menerangkan dan berbincang tentang tuntutan agama.  Ini adalah penting supaya anak patuh melalui pemahaman.

Ibubapa yang permisif pula memberikan kebebasan yang penuh kepada anak-anak dalam menentukan segala tindak tanduk mereka sendiri.  Anak-anak ini bukan sahaja tidak terikat dengan sebarang peraturan, malah bimbingan yang diberikan juga agak kabur dan tidak konsisten. 

Adakalanya gaya keibubapaan adalah sesuatu yang ibubapa pilih setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengambil kira kesesuaian dengan personaliti ibubapa, dan sifat semulajadi anak.  Adakalanya juga ia terbentuk sebagai reaksi yang automatik lahir dari pengalaman dan persepsi individu.

Di permulaan cerita, Hassan yang amat meminati muzik dilihat menonton persembahan keroncong bersama Mansur dan Ani, anak-anak Encik Ismail.  Ketika sedang asyik menikmati persembahan tersebut, seorang lelaki menghampiri mereka bertiga dan menarik telinga Hassan sambil ‘mengheret’nya pulang.  Mansur dan Ani menyusur di belakang.  Apabila tiba di rumah, Encik ismail dan isterinya sedang menunggu dengan penuh kemarahan.  Hassan menjadi sasaran kemarahan itu kerana bagi mereka dialah yang bersalah membawa Mansur dan Ani bersama sehingga lewat malam.  Walaupun Mansur dan Ani cuba menerangkan sesuatu, Encik Ismail tidak mahu mendengar dan terus merotan Hassan sepenuh hati. Hassan cuba berterus terang dan jujur mengakui kesilapannya, namun kejujuran itu tidak diendahkan oleh Encik ismail dan dia terus merotan Hassan sehingga mengakibatkan luka di belakang badan Hassan yang tidak berbaju.  Di dalam masyarakat Melayu di mana merotan adalah norma budaya, amat sukar untuk membezakan di antara merotan yang mendidik dan merotan yang bertujuan untuk mendera.  Encik Ismail merotan Hassan dengan penuh kemarahan dan kebencian.  Ini terbukti melalui apa yang diucapkannya ketika dia merotan Hassan,

“Mampus kau…rasa kau… mati kau…aku belum puas lagi”. 

Kata-kata ini hanya dihamburkan apabila seorang dewasa merotan seorang kanak-kanak dengan tujuan untuk menyakiti dan melukai dan bukannya kerana ingin mendidik.  Motif Ini diperkuatkan lagi dengan Hassan dihalau oleh Encik Ismail dari rumahnya sepertimana diminta oleh isterinya.  Maka bersendirianlah Hassan dalam mencorakkan masa depannya dengan mengharungi pelbagai liku dan cabaran tanpa kasih sayang dan bimbingan seorang dewasa.

Mungkinkah gaya keibubapaan Encik Ismail yang sebegini mempengaruhi gaya keibubapaan Hassan kemudiannya? 

Mungkinkah dengan melalui pengalaman yang pahit, diherdik, dirotan, dihamun dan dihalau itu menjadikan Hassan seorang individu yang bernekad tidak mahu membesarkan anaknya dengan gaya keibubapaan tanpa toleransi? 

Adakah kejujurannya yang tiada nilai kepada Encik ismail menjadikan dia seorang bapa yang akan mempercayai  anaknya bulat-bulat tanpa bersoal jawab? 

Mungkinkah gaya keibubapaan Hassan dipengaruhi oleh keadaan sosioekonominya yang jauh lebih baik dari kehidupannya semasa kecil? 

Walaupun Encik Ismail bukan ayah Hassan, dia adalah penjaga utama Hassan selepas kematian ibunya.

HASSAN SEBAGAI SEORANG BAPA.

Ketika Ani meluahkan kerisauannya tentang anak yang bakal lahir kiranya apa-apa berlaku kepadanya, Hassan berjanji kepada Ani,

“ Tiada siapa yang akan merosakkan anak kita selagi aku masih hidup.  Aku berjanji Ani.”

Mungkinkah maksud “tidak merosakkan” akhirnya memudaratkan Sazali ? 

Adakah “tidak merosakkan” bagi Hassan bermaksud tidak merosakkan kegembiraan Sazali dengan menurut segala kemahuan tanpa sebarang bantahan ?

Dalam proses keibubapaan, akan ada peraturan dan batasan yang kita tetapkan yang tidak menggembirakan anak-anak.  Bukanlah tanggungjawab ibubapa untuk menggembirakan anak-anak dengan tidak mengadakan peraturan.  Bukanlah tanggungjawab ibubapa mengadakan peraturan yang menggembirakan anak semata-mata.

Dengan kematian Ani, Sazali membesar tanpa kasih sayang dan bimbingan seorang ibu.  Ini sudah tentunya meninggalkan kesan terhadap proses pembentukan akhlak dan peribadi Sazali.  Tanggungjawab seorang ibu melengkapkan tanggungjawab seorang ayah.  Adalah agak rumit untuk seorang ayah memikul tanggungjawab seorang ibu dan seorang ayah serentak.  Mungkinkah ini juga menyebabkan Hassan keliru dengan halatujunya dalam mendidik Sazali?

Definisi kasih sayang bagi Hassan terjawab apabila dia memarahi Sazali yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap sepupunya, Rokiah.  Marah Hassan,

“Inikah balasan yang ku dapat setelah aku mendidik kau dengan penuh kasih mesra?

Inikah hasil yang ku dapat setelah beri kebebasan dan kepuasan hidup ?”

Pada Hassan, kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah adalah memberi kebebasan dan kepuasan hidup kepada Sazali.  Pada Hassan juga, kasih sayang diberikan kepada seorang anak dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang permisif.  Memberi kepuasan hidup yang bertunjangkan nafsu bukanlah erti kasih sayang sebenarnya.  Inilah kasih sayang yang telah merosakkan Sazali.

Mansur, abang ipar Hassan, juga tidak bersetuju dengan definisi kasih sayang yang dipegang oleh Hassan.  Tanya Mansur,

“Adakah membiar anak membuat sesuka hati , tak menyuruh dia berfikir apa akibatnya dikatakan kasih sayang?”

Ya benar, seorang ayah yang membesarkan anak dengan nilai dan akhlak akan membimbing anak dengan sering menasihati tentang kesan dan akibat sesuatu perbuatan sebelum perbuatan itu dilakukan oleh anak.  Anak seusia Sazali selalunya sudah pandai membezakan yang baik dan yang buruk kiranya dibimbing oleh Hassan.

Gaya keibubapaan Hassan telah disimpulkan oleh Sazali sendiri di dalam dialognya,

“Bapa membesarkan Sazali dengan membabi buta sahaja.

Segala apa kemahuan Sazali bapa tunaikan,

segala apa hajat Sazali bapa sempurnakan

sehingga Sazali pandai bercakap bohong pada bapa,

sehingga Sazali menipu…menipu untuk kepentingan diri.”

Dari dialog ini jelaslah bahawa Sazali dilimpahkan dengan materi yang berlebihan.  Sazali juga tidak dididik untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri.  Hassanlah yang menyempurnakan segalanya tanpa memberi sebarang tanggungjawab kepada Sazali.  Anak kecil juga harus diberi tanggungjawab yang sesuai dengan usianya.  Seorang anak yang membesar tanpa mengenal erti tanggungjawab akan menjadi seorang dewasa yang tidak bertanggungjawab. 

Apabila Rokiah mengadu kepada Hassan tentang Sazali yang tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya, Hassan meyakinkan Rokiah bahawa,

“Sazali tak boleh mengelakkan dirinya dari tanggungjawab ini”.  

Persoalannya, apakah tanggungjawab yang telah diberikan dan dipikul oleh Sazali selama ini?

Bagaimanakah seorang individu yang tidak pernah kenal erti tanggungjawab,  mahu bertanggungjawab?.

Rokiah akhirnya membunuh diri.

Sazali bukan hanya hidup tanpa nilai dan peraturan yang jelas dan konsisten dari kecil, Sazali juga belajar berbohong daripada bapanya sendiri.  Walaupun mengetahui bahawa Sazalilah yang mencuri kotak mainan Rokiah, Hassan menutup kesalahan Sazali dengan berbohong  kepada Rokiah.  Hassan sebagai seorang bapa bukanlah teladan (role model) yang baik untuk Sazali. Oleh yang demikian tidaklah mustahil kiranya Sazali juga sering berbohong kepada bapanya kerana sikap itu dicontohi daripada bapanya sendiri.  Dalam pembentukan peribadi dan disiplin seorang anak, teladan yang ditunjukkan oleh ibubapa membentuk 90% dari keperibadian seorang anak.

Sikap suka berbohong Sazali juga diperakui sendiri oleh bapa saudaranya, Mansur.  Akui Mansur kepada Hassan,

“Aku pernah melihat Sazali berbohong dan tidak mempeduli apa yang terjadi kepada orang lain”.

Pepatah Melayu ada menyebut “Siakap senohong gelama ikan duri.  Bercakap bohong lama-lama mencuri”.  Bermula dengan bercakap bohong, lama kelamaan Sazali mencuri wang bapanya sendiri.

Disebabkan terlampau dimewahkan dengan wang dan materi, Sazali hidup dengan bertuhankan wang dan menjadi ketua perompak.

Kata Sazali kepada bapanya,

“Apabila Sazali dewasa, Sazali perlu banyak wang, tapi bapa tidak mampu.

Sekarang Sazali punya wang dan kuasa, dan segala-galanya.

Semuanya dari tenaga Sazali sendiri bapa tahu?”

Ibubapa yang membeli kasih sayang anak-anak semasa kecil dengan memberi kemewahan yang melimpah ruah semata-kata, tidak akan dihormati oleh anak-anak di kemudian harinya.  Apabila anak-anak tidak perlu lagi bergantung dari segi kewangan dan materi kepada ibubapa, mereka tidak memerlukan ibubapa lagi.  Inilah yang berlaku kepada Sazali apabila dewasa.  Kajian menunjukkan anak-anak yang dibesarkan oleh ibubapa yang permisif membesar sebagai seorang individu yang tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip, impulsif dan senang terpengaruh dengan persekitaran.   Keadaan diburukkan lagi apabila ibubapa yang permisif itu tidak memberikan pendidikan keimanan dan tidak menanamkan nilai-nilai Islam di dalam diri anak itu.

Inilah yang menjadikan anak itu “Sazali”.

Kisah ini diakhiri dengan doa Hassan sebelum menghubungi polis untuk memberkas Sazali.

“Ya Allah Ya Tuhanku, kepadaMulah ku pohonkan rahmat. Berikanlah kepadaku kekuatan.  Berikanlah kepadaku tenaga untuk menjalankan kewajipanku sebagai seorang bapa.”

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Kenapa anak sekarang bermasalah?

1) Getting too much

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada. Ramai parents yang bekerja keras siang malam untuk menyediakan keperluan dan kehendak anak-anak masani. Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan. Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana assume orang lain juga sepertinya. Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat ‘relate’ dengan permasalahan orang lain – tiada empathy.
Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan dalam eksplorasi/refleksi diri sendiri untuk membina karakter. Ada juga anak yang get too much free time (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

How much is enough ?

2) Overnurtured

Parents buatkan semua untuk anak kerana “sayang” sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting. Contohnya menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi organise. Ini adalah skil yang sangat penting sehingga dewasa. Kalau parents yang buatkan, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri. Jika ibubapa buatkan homework untuk anak, anak belajar untuk menipu.

3) Tiada peraturan yang jelas dan konsisten.

Ibubapa tidak boleh mengharapkan wujud “common sense” dengan sendirinya pada anak-anak untuk tahu apa yang baik, buruk, bahaya. Perlu diberitahu apa peraturannya. Perlu dibincangkan apa implikasi perbuatan pada diri dan masyarakat supaya anak nampak gambaran keseluruhannya dan menjadikan anak lebih bertanggungjawab. Tanpa peraturan yang jelas anak akan sentiasa rasa insecure dan membina boundary mengikut ‘citarasa’ sendiri. COMMUNICATE.

Hanya dengan mengetahui sebabnya, kita akan lebih bijak dalam mencari penyelesaiannya. Insya Allah.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Kasih sayang yang memudaratkan (1).

Tiada istilah memberi berlebihan kasih sayang buat anak-anak. Anak-anak sentiasa memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tidak kurang daripada ibubapa. Anak-anak sentiasa memerlukan bimbingan dan panduan daripada ibubapa agar dapat menjadikan mereka individu dan  anggota masyarakat yang bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

Apakah yang dimaksudkan dengan sayang yang memudaratkan?

Tiada ibubapa yang dengan sengaja mahu memudaratka anak-anak dengan tindakan mereka.  Setiap sesuatu yang dilakukan adalah kerana sayangnya ibubapa kepada anak.  Menyayangi anak bukanlah bermakna memastikan mereka gembira sentiasa dengan keputusan kita.  Menyayangi anak-anak bukanlah bermakna kita menurut kata mereka sepanjang masa demi mengelakkan konfrantrasi. Adakalanya tindakan yang kita ambil bukanlah tindakan yang popular dan menimbulkan ketidakpuasan hati anak-anak.  ini adalah normal.  Sikap ibubapa yang terlalu memberi muka kerana risau anak tidak gembira hanya memberikan realiti kehidupan yang palsu terhadap anak-anak.  Dalam hidup ini sesekali mereka akan menemui kegagalan, sesekali mereka akan melalui kekecewaan, sesekali mereka akan melalui halangan dan rintangan.  Ini adalah lumrah kehidupan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang yang memudaratkan?

Secara ringkasnya ada tiga tindakan ibubapa yang boleh memudaratkan anak-anak walaupun niat ibubapa adalah untuk kebaikan anak-anak.

1)  Pemberian yang berlebihan.
2)  Peduli yang melampau.
3)  Struktur yang longgar.

1)  Pemberian yang berlebihan.

Pemberian yang berlebihan kepada anak-anak adalah melibatkan  kos kewangan.  Ia boleh meliputi alat mainan, pakaian, perkakasan sukan, kelas, hiburan, percutian, makanan ringan dan sebagainya.

Pemberian yang berlebihan juga boleh merangkumi peruntukan masa yang tidak sama rata kepada seorang anak yang tertentu sahaja.  Seringkalinya ibubapa memberi sesuatu kepada anak untuk mencukupkan keperluannya, walau bagaimanapun kadang-kadang ibubapa terlampau risau tidak mencukupi sehinggakan ia berlebihan dan bukan lagi satu  keperluan.
Ada ibubapa yang berhempas pulas bekerja siang malam demi menyediakan kehendak anak dan bukannya keperluan. Ini bukanlah masalah di dalam keluarga yang berada sahaja, ia boleh melibatkan semua peringkat masyarakat.

Pemberian yang berlebihan menyebabkan anak-anak gagal untuk memahami erti cukup dan sentiasa meminta ‘hak’ yang tidak sepatutnya.  Anak-anak sentiasa merasakan kekurangan walaupun mempunyai berlebihan.
Kegagalan untuk menetapkan apa itu ‘cukup’ akan terbawa-bawa hingga dewasa. Mereka tidak berupaya menetapkan setakat manakah ‘cukup’ meluangkan masa di pejabat, setakat manakah cukup membeli belah ketika sale, setakat manakah cukup merokok, setakat manakah cukup masa dengan hobi, setakat manakah cukup dengan hiburan, setakat manakah cukup dengan tidur,
Anak-anak akan gagal membezakan kehendak dan keperluan.

Pemberian yang berlebihan ini juga mengikis hormat anak pada individu lain dan harta benda.  Sebagai contohnya, apabila mempunyai terlalu banyak alat mainan dan terlalu mudah mendapatkannya, mereka kurang menghargainya. Apabila rosak dibelikan baru atau dibuang. Apabila keluar edisi yang baru mesti didapatkan walaupun yang sebelumnya masih elok berfungsi. Pakai buang dan touch and go akan menjadi satu tabiat. Dimulakan dengan tidak menghargai milik sendiri, akhirnya akan terbawa-bawa tidak menghormati harta benda orang lain kerana mengadaikan orang lain juga seperti kita. Akhirnya mereka akan gagal memahami keperluan dan kesusahan orang lain.

Kerana terlalu biasa menjadi tumpuan masa dan wang ringgit ibubapa, anak ini akan sentiasa berkelakuan seakan dialah centre of the world. Semua perlu mengikut kehendak dia. Mereka sukar menunaikan hak orang lain dan tidak rasa bersalah mengambil hak orang lain.

Ibarat menyiram air pada pokok, walaupun air perlu supaya tumbuhan dapat tumbuh dan hidup, menyiram air yang berlebihan akan lama-kelamaan mematikan pokok.

Inilah sayang yang memudaratkan.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Skil sosial yang diperlukan kanak-kanak.

From 6 months babies enjoys each others company.  As their social circle widens, they start to cooperate with each other when they play and start making friends. Children need to develop certain social skills or the way to behave in order to fit in and to get on well with the people around them.  These social skills include

Developing a sense of self  and of belonging to a family

Learning to separate from their parents

being able to express their opinion and desire

using words to solve conflicts and develop control of emotion

developing confidence and self respect

developing trust

playing with other children – sharing and taking turns

developing skills of caring for and looking after themselves (independence)

learning that it is ok to make a mistake

developing respect for others and feelings of empathy.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Teenagers Learn What They Live.

TEENAGERS LEARN WHAT THEY LIVE.

If teenagers live with pressure, they learn to be stressed

If teenagers live with failure, they learn to give up

If teenagers live with rejection, they learn to feel lost

If teenagers live with too many rules, they learn to get around them

if teenagers live with too few rules, they learn to ignore the needs of others

if teenagers live with broken promises, they learn to be disappointed

If teenagers live with respect, they learn to honour others

If teenagers live with trust, they learn to tell the truth

If teenagers live with openness, they learn to discover themselves

If teenagers live with natural consequences, they learn to be accountable

If teenagers live with responsibility, they learn to be self-reliant

If teenagers live with healthy habits, they learn to be kind to their bodies

If teenagers live with support, they learn to feel good about themselves

If teenagers live with creativity, they learn to share who they are

If teenagers live with caring attention, they learn how to love

If teenagers live with positive expectations, they learn to help build a better world.

-Dorothy Law Nolte, Rachel Harris-

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Anak sudah pandai urus diri sendiri. Cukupkah?

Ramai new mothers ataupun ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil berkata kepada saya , “senanglah kakak ye, anak-anak dah besar.  Mesti tak payah nak pening-pening dan terkejar-kejar lagi nak uruskan anak-anak sebab anak dah pandai urus diri sendiri.”

Betul,

Alhamdulillah. Memang senang bila anak dah besar-besar.  Tak perlu dipakaikan diapers, tak perlu toilet train, tak perlu disusukan, tak perlu layan tantrum ‘terrible twos’, tak perlu pikir nursery, preschool, babysitters yang terbaik untuk anak, tak perlu fikir teknik membaca, malah macam-macam lagi kepayahan sudah berakhir dan boleh menarik nafas lega.

Kesimpulannya anak-anak sudah pun boleh berdikari menguruskan fizikal sendiri. (Walaupun kerap juga diulang suruh kemas bilik kerana mereka ‘lupa’).

Walau bagaimanapun keupayaan anak-anak untuk mengurus diri sendiri bukanlah penutup kepada tanggungjawab ibubapa.  Selagi anak-anak masih dibawah jagaan ibubapa, selagi itulah ibubapa perlu prihatin dengan pelbagai perkembangan anak-anak termasuklah perkembangan emosi.  Dari hari pertama dilahirkan, sehinggalah dewasa, anak-anak mempunyai keperluan emosi yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa. Semakin anak membesar, walaupun mereka pandai mengurus fizikal mereka, pengurusan emosi masih memerlukan bimbingan dan pemantauan daripada ibubapa. Jangan disangkakan bahawa kita boleh relax apabila anak-anak boleh memakai baju sendiri, mandi sendiri, cebok sendiri dan makan sendiri. Memahami dan membimbing emosi anak-anak sangat penting jika kita ingin membentuk anak yang sihat luaran dan dalamannya dan membesar sebagai individu yang ‘well adjusted’ di dalam masyarakat.

KEPERLUAN EMOSI YANG PERLU DITITIKBERATKAN OLEH IBUBAPA : 

1)  PERHATIAN
Adalah sangat penting untuk ibubapa memberi perhatian individu kepada setiap seorang anak kerana inilah yang akan membuatkan mereka rasa dihargai dan bernilai. Setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika perhatian tidak diagihkan sama rata, ia hanya mematikan percaya diri (self esteem) anak. Jangan ada favouritism. Perhatian individu akan mengukuhkan interaksi dan komunikasi antara ibubapa dan anak. Komunikasi dua hala penting untuk perkembangan emosi dan spiritual yang sihat.  Luangkan masa dengan anak untuk menjalankan aktiviti kesukaan anak.  Tidak semua anak lelaki gemar bermain bola sepak, jika kita memilih aktiviti bola sepak, mungkin ada anak lelaki yang tidak boleh ‘relate’ dengan aktiviti tersebut, emosinya akan rasa tersisih walaupun jasadnya berada di situ.  Oleh itu penting untuk kita tahu kegemaran anak-anak kerana itu akan menjadi saluran untuk kita memberi perhatian yang diperlukan oleh anak-anak.

Make it fun and meaningful.

2)  MEMAHAMI (EMPATI).

Untuk mewujudkan ‘trust’ dalam diri anak-anak, ibubapa perlu cuba untuk memahami setiap masalah dan kerumitan yang anak sedang lalui. Jika kita sering menidakkan perasaan mereka, mereka akan menjadikan orang lain sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Pada zaman sekarang ini mungkin seseorang di media sosial yang sentiasa menunggu mencari ‘mangsa’. Jadilah tempat untuk anak menceritakan masalah. Kemudian gunakanlah pengalaman dan pengetahuan kita untuk membimbing mereka dalam penyelesaian masalah dan berfikir dengan rasional ketika gangguan emosi.. Semoga kita menjadi ibubapa yang mendengar dan memahami.

3) STRUKTUR DAN BATASAN

Benarkah batasan dan peraturan hanya menjadikan anak seorang pemberontak?
Kepercayaan itu adalah tidak benar sama sekali.
Anak-anak hanya akan merasai kestabilan emosi apabila ibubapa menetapkan struktur dan batasan (structure and boundary) yang jelas di dalam keluarga.  Memberi kebebasan yang melampau (permissive) kepada anak-anak hanya akan mengelirukan dan mengganggu emosi mereka.  Anak kecil terutamanya belum cukup ilmu dan pengalaman untuk membezakan yang baik dan buruk. Anak-anak memerlukan peraturan yang dapat menjamin keselamatan mereka dan pada masa yang sama memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk berdikari membuat keputusan.  ibubapa perlu menjadi pembimbing anak-anak dalam membuat keputusan kerana pengalaman dan pengetahuan mereka tentang kehidupan belum mencukupi.
Ibubapa yang terlalu mengongkong (authoritarian) dan sering membuat keputusan untuk anak-anak (over-parent)  akan membantutkan perkembangan kendiri anak-anak.  Dari kecil lagi anak-anak harus diberi ruang dan dibimbing untuk berfikir dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan keadaan dan usia mereka.   Anak-anak akan membesar dengan positif di dalam persekitaran yang mempunyai  batasan dan peraturan yang adil, tidak menekan dan mempunyai ruang untuk negosiasi.
ibubapa perlu sentiasa peka dengan perkembangan dan keupayaan individu setiap anak supaya struktur dan batasan yang dibina adalah bermanfaat untuk semua dan mengambilkira semua faktor.  Kepekaan ini wujud kiranya ibubapa banyak meluangkan masa untuk memahami anak-anak.
5)  KASIH SAYANG
Kita sering mendengar ungkapan “Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya”.  Kadang-kadang ungkapan ini diungkap sewenang-wenangnya untuk menutup kecuaian si ibu (dan bapa) yang memudaratkan anak.
Kasih sayang ibubapa bukan sahaja harus diucapkan kepada anak-anak malah juga perlu ditunjukkan melalui perbuatan dan amalan.  Apabila kita mengatakan bahawa anak-anak adalah prioriti hidup kita, tindakan kita juga mestilah selari dengan ungkapan itu.  Tiada ertinya jika kita ucapkan kepada anak-anak yang kita sayangkan mereka kiranya seharian kita menghabiskan masa di pejabat dan mengabaikan keperluan emosi anak-anak yang inginkan perhatian dan belaian.  Kasih sayang yang kita ucapkan dan buktikan akan menjadi suntikan positif kepada perkembangan emosi anak-anak.  Tiada yang lebih diharapkan oleh anak-anak melainkan kasih sayang tanpa syarat daripada ibubapa.
Bagaimana cara kita mengungkapkan dan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak akan menjadi ikutan kepada anak-anak apabila mereka berkeluarga nanti. Jika kasih sayang kita di’tunjukkan’ dengan kekerasan dan keganasan, anak-anak juga akan membesar dengan definasi kasih sayang yang sedemikian.
6) PENYERTAAN
Perhatian dan komunikasi yang positif antara seorang anak dan ibubapanya menjadi asas kepada hubungan yang positif antara anak tersebut dan masyarakat.  Apabila anak-anak rasa diterima seadanya di dalam keluarga oleh ibubapa, anak-anak juga akan mempunyai percaya diri yang tinggi untuk menyertai masyarakat sekeliling.  Jika anak-anak rasa tidak dihargai di dalam keluarga, mereka akan terbawa-bawa emosi itu juga di dalam masyarakat. Mereka akan melakukan apa sahaja, untuk mendapatkan  perhatian  dan pengiktirafan yang tidak mereka perolehi di rumah.  Jika melakukan aktiviti yang negatif mendapat perhatian di dalam masyarakat, itulah yang akan menjadi agenda mereka untuk mendapatkan perhatian.
Anak-anak akan rasa bernilai dan dihargai kiranya ahli keluarga menunjukkan kebergantungan antara satu sama lain.  Rasa kebergantungan ini wujud apabila setiap ahli keluarga diberi tanggungjawab.  Berilah tanggungjawab yang bersesuaian dengan umur anak-anak dari awal lagi.  Anak-anak kecil suka membantu.  Anak-anak kecil suka meniru perbuatan orang dewasa.  Janganlah dirasakan yang kita mendera anak-anak kecil apabila memberi mereka tanggungjawab yang bersesuaian usia. Kebergantungan antara satu sama lain di dalam keluarga juga akan melatih anak-anak untuk memahami keperluan orang lain dan mewujudkan empati di dalam diri mereka.
7)  HARAPAN.
Sebagai ibubapa, jangan lupa untuk memberitahu anak-anak apa harapan kita terhadap mereka.  Apabila kita berjaya mewujudkan ruang komunikasi yang positif bersama anak-anak, mereka akan akur dengan harapan kita.
Contoh “ibu harap anak-anak ibu menjadi orang yang tidak meninggalkan solat”
“Abah selalu berdoa kepada Allah supaya anak-anak abah diberikan kerajinan untuk terus berusaha”.
Ada pelbagai cara dapat kita meluahkan harapan kita kepada anak-anak.  Ibubapa yang gagal menyatakan harapannya kepada anak-anak akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerjasama anak-anak.  Anak-anak sentiasa mahukan perhatian ibubapa.  Anak-anak sentiasa mahu membuatkan ibubapa gembira.  Anak-anak sentiasa mahu mendapatkan pengiktirafan daripada ibubapa. Ambillah kesempatan ini untuk memberi perhatian dan berhubung dengan emosi mereka.  Apabila anak-anak tahu apa harapan ibubapa terhadap mereka, mereka akan berusaha sebaiknya untuk merealisasikannya.
Walau bagaimanapun harapan itu hendaklah yang tidak melangit tinggi hinggakan membebankan anak-anak.  Ibubapa harus meluangkan masa untuk mengenali tahap keupayaan dan kemampuan anak-anak.  Setiap adalah berbeza.  Setiap anak mempunyai dominasi kepintaran yang berbeza.  Harapan ibubapa haruslah bersesuaian dengan kepintaran yang anak-anak miliki. Jika ibubapa tidak meluangkan masa dengan anak-anak, ibubapa tidak mungkin akan mengenali keunikan, kelebihan dan kekurangan anak-anak.  Anak-anak tidak akan mengambil kisah dengan harapan kita kepada mereka kiranya kita tidak menghargai mereka.
8) SURI TELADAN
Anak-anak akan meniru segala perbuatan, tutur kata dan tingkah laku ibubapa ataupun penjaga utama mereka.  Oleh itu langkah yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak tentang cara mengurus emosi dengan positif adalah dengan menjadi teladan kepada mereka.  Dalam kehidupan seharian kita sebagai ibubapa, kita juga adalah seorang anak, seorang pekerja, atau seorang majikan, seorang pembeli, atau mungkin seorang peniaga, seorang pengguna jalan raya, seorang jiran, dan seorang anggota masyarakat.  Kiita akan pastinya melalui naik dan turunnya emosi di dalam pelbagai situasi yang kita lalui di dalam masyarakat.  Anak-anak akan melihat bagaimana kita mengurus emosi apabila kita menghadapi kesukaran dan seterusnya meneladaninya.   Kiranya kita berjaya mengurus emosi negatif dengan cara positif, ia akan menjadi satu pengajaran buat anak-anak.  Sebaliknya jika kita mengurus emosi kita dengan tindakbalas yang negatif, anak-anak juga akan meneladaninya.  Anak-anak akan lebih berkesan dengan perbuatan ibubapa berbanding dengan kata-kata nasihat daripada ibubapa.
Kesimpulannya, walaupun anak-anak kita sudah pandai mengurus diri sendiri, umumnya dalam lingkungan usia 10 tahun, ini bukanlah peluang untuk kita lepas tangan dan goyang kaki.  Ini bukanlah masa lagi untuk kita menarik nafas lega.  Tanggungjawab sebagai ibubapa masih berterusan kerana ada lagi aspek yang perlu kita ambil peduli dan titik beratkan.
Categories: Uncategorized | Leave a comment

Adakah sekolah pemangkin nilai dan karakter ?

Seringkali apabila ada berita yang tidak enak tentang disiplin remaja atau anak-anak umur persekolahan, ibubapalah yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan tentang disiplin anak-anak mereka.  Benar, ibubapa adalah pencetus nilai dan disiplin anak-anak.  Ibubapalah yang menjadi role model dan pembimbing nilai dalam diri anak-anak.  Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan peranan sekolah yang menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 7 jam sehari selama 5 hari berturut-turut dalam seminggu?  Bila ditolak cuti sekolah, anak-anak menghabiskan masa selama …….jam di sekolah.  Apakah sekolah terkecuali dalam proses pembentukan nilai?  Benarkah sekolah tidak bertanggungjawab dalam masalah disiplin pelajar?

Sekolah adalah tempat untuk mencungkil kelebihan dan kekuatan seorang pelajar.  Sekolah tidak harus menjadi tempat untuk menghukum kekurangan pelajar.  Selain ibubapa, sekolah juga berperanan untuk ‘bring out the best’ dalam diri para pelajarnya.  Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekuatan yang berbeza.  Setiap individu ingin dihargai dengan kelebihan masing-masing dan bukannya kelemahan.  Kiranya pihak sekolah berjaya mencungkil setiap keunikan yang dimiliki oleh setiap pelajar, pihak sekolah akan berjaya memantapkan keyakinan diri dan percaya diri pelajar, dua elemen penting yang akan memotivasikan pelajar untuk menjadi individu yang berjaya, bukan sahaja dari aspek akademik malah juga sebagai seorang anggota masyarakat yang penuh komited dan bertanggungjawab.  Sekiranya pihak sekolah mendefinisikan kejayaan hanya dari aspek akademik, maka ramai pelajar yang akan runtuh percaya dirinya dan cuba mencari perhatian walau dengan berkelakuan negatif sekalipun.  Prosesnya adalah seumpama roda yang berputar atau vicious circle.

Sekolah memerlukan objektif dan halatuju yang jelas dalam memupuk karakter-karakter terpuji yang dapat membina keperibadian individu.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Selesa menjadi diri sendiri.

1. Comfort in their skin

In my parent/infant and toddler classes, the parents and I often note how comfortable the children seem “in their skin.” Our children can retain this healthy sense and acceptance of self – physically and emotionally — if we are careful about the messages we send. Children receive messages primarily through our actions. Our words matter, too, because from birth they are listening to all the language in their environment, not just the words that are directed their way, and learning about their place in the world.

Communicating with, touching, and holding babies and toddlers in a respectful manner teaches them that they are worthy.

Inviting them to participate fully in eating, bathing, and diaper changes shows them that they are able.

Respectful boundaries give children the consistent assurance they are in a safe nest with gentle, stable, caring leaders.

Accepting our children’s full range of emotions, especially the difficult ones, is one of the most profound ways to say: “I love you. Every part of you is okay with me.”

Allowing a child to self-direct play and motor development teaches her that we not only trust, but also take great interest in her self-chosen activities and in the person we see unfolding. We value even the youngest child’s choices rather than directing her toward ours (and then getting disappointed if she doesn’t seem focused or interested).

We like our children, we really like them, as is. We allow them to belong to themselves.

Comfort in one’s skin doesn’t inoculate children against pain and suffering. That’s life. But when we are settled and whole at our core, we don’t stay down for long.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Memupuk sifat ‘peduli’ dalam diri anak-anak.

Kajian yang dilakukan di University of Missouri pada tahun 2011 mendapati bahawa remaja yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan lebih mudah terhindar dari gejala-gejala negatif. Walau bagaimanapun, menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Personality and Social Psychology pula, generasi milenial (yang lahir pada tahun 80an ke atas) kurang berminat untuk terlibat dengan  aktiviti-aktiviti amal dan kemasyarakatan  kerana fokus hidup mereka sekarang lebih tertumpu kepada pencarian material dan populariti.

Bagaimanakah caranya melahirkan sifat PEDULI  dalam diri anak-anak sedari kecil dan sekaligus menjadi benteng dari gejala-gajala negatif? (Insya Allah.

1.  Jadikan PEDULI sebagai gaya hidup sekeluarga.

  • Mulakan dengan peduli tentang alam sekitar seperti menjaga kebersihan, tidak merosakkan kemudahan awam, kitar semula, jimat elektrik dan air.
  • Galakkan mesra haiwan dan tidak menganiaya sebarang hidupan (jika tidak membahayakan kita).
  • Galakkan mesra tumbuh-tumbuhan contohnya tidak mencabut pokok, kelopak-kelopak bunga atau daun-daunan tanpa sebab.
  • Jadikan sifat PEDULI sebagai salah satu kayu ukur (milestone) perkembangan sosial anak-anak yang penting.

2.  PEDULI melalui pembacaan dan penceritaan.

  • Bahan bacaan adalah sumber yang paling berkesan dalam membentuk perkembangan moral.
  • Penggunaan buku cerita yang sesuai dapat merangsang emosi dan mewujudkan sifat peduli di dalam diri kanak-kanak.
  • Lebih baik kiranya ibu bapa bercerita kepada anak-anak (yang kecil terutamanya) kerana impaknya lebih besar berbanding anak-anak membaca sendiri buku tersebut.
  • Tingkah laku positif watak-watak tertentu di dalam cerita, terutamanya yang menjadi kegemaran anak-anak, boleh dijadikan idola mereka.
  • Pilihlah cerita yang bertemakan kasih sayang, kemanusiaan dan kemasyarakatan yang jelas dan mudah difahami oleh anak-anak di samping mempunyai plot yang menarik.
  • Bincang dan tanyakan pendapat anak-anak tentang tema kemasyarakatan tersebut dan galakkan anak-anak berkongsi pendapat dan perasaan mereka.
  • Tidak perlulah menunjukkan kepada anak-anak gambar kanak-kanak yang berlumuran darah akibat kekejaman atau peperangan seperti yang selalu terpampang di media sosial seperti FB.  Ini hanya akan mewujudkan sindrom Schadenfreude iaitu ketagihan melihat gambar-gambar sedemikian tanpa mewujudkan sebarang rasa peduli dan simpati.

Contoh buku yang sesuai :

Jameela’s Great Idea – oleh Surriah Iqram yang menceritakan tentang Jameela, seorang kanak-kanak perempuan yang berusaha untuk mengutip derma bagi membantu orang miskin.

One Hen: How one small loan makes a big difference oleh Katie Smith Milway yang mengisahkan tentang penduduk kampung yang mengumpul wang sesama mereka untuk membeli benda yang boleh membantu setiap keluarga.

  • Jika anak kecil merasa sedih dan menangis kerana membaca atau menonton cerita tentang kesusahan orang lain, jangan diejek atau diketawakan. Cakaplah “Sedihkan?” “Kesiankan?” . Tanyalah “Bagaimana kita boleh membantu mereka yang dalam situasi demikian?”.

3.  Ibu bapa yang PEDULI sebagai teladan.

  • Ibu bapa adalah teladan terbaik untuk anak-anak.  Kita adalah guru pertama dan utama mereka.
  • Mulakan sifat peduli dalam diri kita untuk dicontohi oleh anak-anak.
  • Apa saja yang menjadi prioriti hidup kita akan menjadi acuan bagi anak-anak.
  • Bila kita menunjukkan sifat peduli contohnya terhadap fakir miskin dan anak yatim, itu akan mewujudkan kesedaran di dalam diri anak-anak tentang kesusahan mereka.
  • Bila kita menunjukkan sifat peduli terhadap mangsa kekejaman di Palestin, Syria, Rohingya atau mereka yang ditimpa bencana seperti di Filipina baru-baru ini, anak-anak juga akan turut sama peduli terhadap mereka dan ingin membantu.

4.  PEDULI melalui empati.

  • Didiklah anak-anak akan nilai wang walaupun kewangan bukanlah masalah dalam keluarga kita.
  • Ajari anak-anak tentang perbezaan barang-barang keperluan (needs) dan kemahuan (wants) supaya mereka tahu prioriti material.
  • Ajari anak-anak menabung dan berjimat-cermat supaya mereka faham bagaimana rasanya menahan diri dari berbelanja dan boros.
  • Ajari anak-anak supaya tidak membazir makanan supaya mereka faham keadaan mereka yang kebuluran.
  • Galakkan anak-anak untuk menabung kiranya ada barang kemahuan (wants) yang ingin mereka miliki.  Contohnya dengan menggunakan duit poket atau duit raya walaupun kita mampu menyediakan barang tersebut untuk mereka.
  • Galakkan anak-anak menabung dan menyumbang bagi tujuan kebajikan.

4.  PEDULI melalui pengalaman.

Kajian menunjukkan bahawa sifat peduli itu lahir secara berperingkat dan akan terbentuk melalui pengalaman yang dilalui seorang individu bersama individu lain yang berada di dalam kesusahan.

  • Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak.
  • Pembacaan, penceritaan dan pendedahan akan lebih bermakna jika mereka berpeluang turun padang menyaksikan sendiri kesusahan orang lain.
  • Sekali sekala bawalah anak-anak keluar dari kelompok kita dan merasai realiti di luar kelompok.
  • Bawa anak-anak bersama meredah kampung dan pedalaman bagi tujuan memberi bantuan dan sumbangan, walaupun anak itu masih kecil. Jadikan ia aktiviti keluarga.
  • Sentiasa galakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti kebajikan melalui sekolah, pertubuhan, persatuan ataupun inisiatif sendiri bersama kawan-kawan.

Untuk kanak-kanak menjadi individu yang PEDULI, mereka memerlukan perhatian, galakan dan penglibatan orang-orang dewasa yang penting dalam kehidupan mereka terutamanya ibu bapa dan juga guru.

Sifat PEDULI tidak wujud dengan sendirinya.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.